mabha

Banyak yang boleh difikirkan dan ditafsirkan melalui drama... walau bagaimana pun drama itu sendiri merupakan satu bentuk kesusasteraan yang mempunyai bahagian yang dilakonkan.

Ia berasal dari perkataan
bahasa Greek yang bermakna "tindakan" dan dari bahasa Yunani purba ialah "membuat".

Wednesday, December 7, 2011

Sitkom "Mai Chek Mai"

MAI CHEK MAI
Ini merupakan karya terbaharu saya yang akan mula bersiaran pada 
04 Januari 2012 (Setiap Rabu) Jam 9 Malam Hanya di TV1.
Siri Komedi 13 Episod ini telah dirakamkan secara langsung di hadapan penonton
di Theatrette Taman Budaya JKKN Negeri Kedah, Alor Star.
Mai Chek Mai juga merupakan karya arahan terakhir saya di RTM kerana selepas ini saya akan bergelar Pengarah Bebas (Freelancer Director)


Unit Drama TV, RTM 

mempersembahkan 

Sebuah Sitkom 13 Episod 

"Mai Chek Mai"

Skrip: Jefry Talib


Idea Asal/Konsep/Olahan Skrip/Lakon TV & Arahan: Asri Alias (fdam)


Penerbit: Mohd Asri Bin Haji Alias (mabha) 



Barisan Pemain Utama
 
Ebby Yus (Pelakon Komedi Terbaik ASA 2010) sebagai Bujang.
Masih Membujang hingga kini. Pemilik Homestay "Mai Chek Mai". Berasal dari Negeri Sembilan
yang membuka perniagaan idap desa di Kedah (Loghat Nogori).
Mempunyai seorang anak angkat iaitu Mira.



Wan Suhairi Wan Senu sebagai AD Longgaq.
Memainkan watak seorang pemuda yang tidak berpendidikan tinggi berasal dari
Naka, Kuala Nerang (Loghat Siam Kedah). Merupakan pekerja am dan budak suruhan
di homestay (serba boleh la ni kiranya). Juga Merupakan salah seorang bakat baru
yang sebelum ini diberi peluang dalam Drama Bersiri 15 Episod "MAKBUL".
Setelah diuji bakat dan meneliti tahap lakon komedi dan aktif berteater
diberi peluang buat julung kali sebagai salah seorang
pelakon utama dalam siri Sitkom "Mai Chek Mai" ini.



Mira Amnas (Peserta Akhir Pilih Kasih 2) sebagai Mira. 
Juga merupakan bakat baru yang dikesan melalui program Pilih Kasih Musim ke 2
terbitan bersama Suhan Movies & Trading dan RTM.
Mira berasal dari Rantau Panjang, Kelantan (Loghat Kelate).
Seorang graduan UUM yang baru bekerja di homestay Bujang yang juga
merupakan ayah angkatnya. Digilai oleh AD Longgaq. 



Livonia Ricky (Peserta Akhir Pilih Kasih 2) sebagai Fiona. 
Merupakan Juara program Pilih Kasih 2.
Gadis cantik lulusan USM dalam bidang komputer ini berasal dari
Bumi Kenyalang (Loghat Sarawak) yang bekerja
di Pusat Komuniti Jalur Lebar SKMM (Pusat Internet).



Zarina Mohd Nor (Raja Lawak 5) sebagai Suriani.
Bakat baru dari program Raja Lawak terbitan Astro.
Su (Loghat Perlih) merupakan salah seorang pekerja di homestay Mai Chek Mai.
Tak sebulu dengan AD Longgaq dalam banyak perkara.
Merupakan anak kepada Yang Kalsom yang bekerja sebagai house keeping di homestay.


 Ilya Buang (Bekas Anggota Asal Senario) sebagai Che Ya @ Tok Penghulu. 
Berasal dari Perak (Loghat Perak) tetapi telah lama menetap di Kedah dan
diangkat oleh orang kampung sebagai ketua kerana dedikasi dan prihatin terhadap
masalah-masalah masyarakat sekeliling.
Che Ya a.k.a Tok Penghulu mempunyai habit yang suka "mesyuarat"
dalam apa jua perkara tidak kira perkara kecil atau besar.




 Khatijah Tan (Pi Mai Pi Mai Tang Tu) sebagai Yang Kalsom. 
Janda Meletup yang digilai oleh Bujang dan merupakan emak kepada Suriani.
Berasal dari Perak (Loghat Perak). Kematian Suami (bapa kepada Suriani) yang
berasal dari Perlis semasa menetap di Kedah. Bekerja di homestay sebagai
house keeping dan tukang bersih.



Ramasundram Rengan (Spanar Jaya) sebagai Rajoo. 
Merupakan pemilik Kedai Serbaneka dan mempunyai seorang anak dara bernama
Rani (Devika Raghakrishna). Sangat taksub dengan filem-filem tamil dan
sangat meminati Rajnikhan dan ada habit mengayakan cara lakonan Rajnikhan.



No comments:

Post a Comment