mabha

Banyak yang boleh difikirkan dan ditafsirkan melalui drama... walau bagaimana pun drama itu sendiri merupakan satu bentuk kesusasteraan yang mempunyai bahagian yang dilakonkan.

Ia berasal dari perkataan
bahasa Greek yang bermakna "tindakan" dan dari bahasa Yunani purba ialah "membuat".

Sunday, March 20, 2011

Makbul


DIRECTOR/PRODUCER: ASRI ALIAS fdam
Script Writer: Zabidi Mohamed

Artiste:
Dato’ Jalaluddin Hassan (Anuar), Kartina Aziz (Jamiah), Yushazizi Yusof (Bol), Fathil Dani (Imam Rosdi), Khatijah Tan (Hajjah Yam) Dr. Samat Salleh (Penghulu), Hj. Zakaria Yusoff (Pak Aji), Badrul Munir Md. Isa (Haji Salim), Bustamam Haron (Haji Badar), Mubarak Majid (Ustaz Rahim), Wan Maimunah (Rosnah), Isa Mean (Burn), Kazaruddin Saisi (Jamil), Zulkifli Ismail (Datuk Burhan), Sheila Mambo (Datin Zurina), Pak Lah Cecupak (Agus), Abu Bakar Juah (Datuk Kahar) dan ramai lagi pelakon yang terlibat menjayakan penerbitan ini.

Production Team:
Production Manager: Sobri Mansor
Assistant Director: Nurfadilla Kamal Shah
Script Assistant: Nadzir Nasrullah

Technical Team:
Director of Photography & Cameraman: Zanirol Azmer Zainon (Zabz Dragon)
Gaffer: Suhaimi Shariffuddin (Abg.Mie KJ)
Soundman: Saiful Zanawi (Epoi)

Best Boy: Mohd Aidi Safwan (Pandonan)
Camera Assistant: Misyail Ab.Karim (Misya)
Technical Assistant: Muhammad Izzuddin (Din Doraemon)
Generator: Abdul Talib Mat Isa(Pak Long), Sufian (Abg.Pian)

Art Team:
Art Director: Ridzuan Nuruddin
Props Master: Helmy Hanif (Bob)
Propsman 1: Khairul Anuar (Acik) 
Propsman 2: Rizal Taha (Ganu)
Wardrobe: Raja Noradilla Raja Alwi (Bonda), Nur Hidayah Bakhtiar
Make Up Artist: Romzi Nuchi, Husni Samli
Photographer: Ahmad Huzairi Zainuddin 


Praktical Students:
Mohd Zairee Anuar Misnan (USM)
Sheikh Abd.Rahman Haji Zainal Abidin (USM)

Produced By:
Unit Drama TV
Radio Televisyen Malaysia
©2010 Hak Cipta Terpelihara

Nur Ar-Rahman

Nur Ar-Rahman ialah sebuah drama terbitan Unit Drama TV, RTM yang digarap oleh gabungan tenaga pakar iaitu Kamal Ishak sebagai penulis skrip dan Asri Alias sebagai pengarah dan penerbit.

Penggambaran dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Perak pada 9 hingga 26 April 2009. Ketika entri ini ditulis, penggambaran sedang dijalankan di Bukit Merah Laketown, Taping , Perak.

Sebelum ini, penggambaran telah diadakan di sekitar Kuala Lumpur berhampiran Grand Season Hotel, Bangunan Hock Ann, Chow Kit dan Pasar Sentul selama dua hari. Setakat ini penggambaran berjalan lancar seperti yang direncanakan. Semua ahli pasukan produksi dan para pelakon memberi komitmen yang cemerlang ketika penggambaran meskipun khabarnya mereka terpaksa mengcengkang mata hingga 6 pagi bagi menyempurnakan tugasan yang diamanahkan.

Sinopsis

Rahman yang terlibat dalam pergaduhan tertikam Kamal, melarikan diri sehingga bertemu dengan Rahim Lee. Rahim Lee seorang saudara baru Muslim atau Mualaf mengambil Rahman untuk tinggal bersama-samanya. Namun, Rahim amat kecewa dengan Rahman yang tidak insaf dan kembali dengan kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Rahim Lee pula menghadapi dilemma dalam memilih Siti Khatijah (saudara baru Muslim) dan Saerah yang menaruh hati terhadapnya.

Nur Ar-Rahman blogspot

Hujan Sudah Teduh

Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

NOVEL Hujan Sudah Teduh karya penulis prolifik Zaharah Nawawi bukan sekadar novel ringan yang memenuhi kehendak pasaran semata-mata. Novel setebal 446 muka surat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 2004 itu berjaya mengangkat sebuah kisah realisme yang penuh rasa, perasaan dan sikap sebuah masyarakat Melayu melalui emosi dan pemikiran pada era 1950-an sehingga awal 1970-an.
Hujan Sudah Teduh memaparkan kehidupan watak utamanya, Sayang Zaiton, anak Cina yang dibela oleh keluarga angkat Melayu yang terpaksa melalui pelbagai liku dalam kehidupannya yang penuh dengan penderitaan.
Namun apabila novel itu ingin dibawa dalam bentuk drama, pasti ramai yang menanti hasilnya apabila divisualkan di layar TV.Drama kerjasama RTM dan DBP tersebut akan ditayangkan di stesen televisyen kerajaan itu pada bulan September ini. Hujan Sudah Teduh sudah pun menamatkan penggambarannya selama sebulan bermula 24 Mei lalu.
Baru-baru ini, pihak media dari Kuala Lumpur dibawa oleh DBP ke lokasi penggambaran drama Hujan Sudah teduh di perkampungan Parit Haji Idris di Muar, Johor.Pengarahnya, Asri Alias dan krew penggambaran sedang berhenti rehat seketika sewaktu ketibaan kami di sana. Baru berusia 31 tahun, Asri nampak tenang dan ceria walaupun cuaca panas terik serta lokasi penggambaran menjadi tumpuan orang kampung yang datang menyaksikan penggambaran secara dekat. Asri, seorang Penerbit Rancangan di RTM, berkata, senario itu disebabkan kampung itu pertama kali dijadikan lokasi penggambaran sebuah drama TV.
Apabila ditanya pengalaman pertamanya mengarah drama yang diadaptasikan daripada sebuah novel, Asri memberitahu, Hujan Sudah Teduh amat menguji kredibilitinya sebagai seorang pengarah drama.
Sebagai drama berbentuk period, katanya, dia tercabar terutama apabila berhadapan dengan masalah set, kostum dan prop yang perlu mengikut kesesuaian jalan ceritanya.
“Bukan mudah mengarah drama period kerana ia bermain dengan metafora. Lagipun, drama ini berdasarkan naskhah besar Zaharah Nawawi yang memerlukan saya membuat kajian mendalam,” kata Asri.
Pengarah lulusan Universiti Putra Malaysia ini berkata, dia ingin memastikan drama itu menggambarkan suasana penerimaan orang Melayu terhadap orang Cina yang agak kurang pada tahun-tahun 1950-an.
Impak
Katanya, caci cela orang kampung dan wujudnya kelas masyarakat diharapkan mampu memberi impak besar dalam drama Hujan Sudah Teduh untuk dihayati oleh generasi muda. “Penulis skrip, Anuar Idris hanya mengambil 70 peratus daripada novel itu untuk diolah menjadi skrip yang menarik. “Konflik diperlukan dalam drama Hujan Sudah Teduh untuk mewarnai jalan ceritanya kelak,” terang Asri lagi.
Namun kerana dia sudah menjalankan kajian sejak awal tahun ini dan menjelajah kawasan lokasi penggambaran itu sejak April lalu, Asri berjaya mengurangkan rintangan yang dihadapi.“Walaupun watak utamanya dilakonkan oleh pelakon baru, Lim Fheng Fheng, ia bukan satu masalah besar kepada saya.
“Fheng cepat memahami apa yang saya inginkan dalam wataknya yang jelas begitu berat dan pastinya kejayaan drama ini terletak pada bahu Fheng. “Namun bagi saya, dia mempunyai harapan yang cerah untuk pergi jauh dalam bidang lakonan. “Apa yang pasti, bahasa dan jiwa Melayunya amat tinggi dalam diri Fheng,” jelas Asri yang mula mengesan bakat besar Fheng selepas melihat gadis Cina itu mendeklamasikan puisi dan sajak di RTM.
Asri juga memberikan jawapan yang rasional mengenai risiko mengambil Fheng, pelakon yang pertama kali berlakon, dan bukannya pelakon Janet Khoo yang sudah terbukti lakonannya.“Ini satu cabaran kepada saya. Selalunya penonton akan meletakkan kayu ukur kejayaan drama hasil lakonan pelakon yang sudah ada nama. Malah penonton akan terikat dengan lakonan Janet dalam filem Paloh.
“Secara peribadi, saya ingin melihat kejayaan drama ini menerusi lakonan pelakon baru yang tidak pernah berlakon,” kata Asri yang seronok bercerita tentang dramanya itu.Sepanjang penggambaran, Asri memberitahu, dia berpuas hati dengan lakonan semua pelakonnya kerana masing-masing memberikan apa yang dikehendaki.
Drama termahal
Selain itu, menurut Asri, Serom dan Bukit Gambir menjadi lokasi pilihan untuk drama berbajet RM300,000 itu memandangkan perkampungan di daerah Muar tersebut masih kekal dengan keaslian pemandangan desanya. Ia bersesuaian dengan ceritanya yang berlatarkan tahun 1950-an hingga awal tahun 1970-an.
“Selain pemandangan kampung yang indah, terdapat banyak rumah lama di kawasan itu.“Ia bersesuaian dengan cerita Hujan Sudah Teduh yang mengisahkan tentang kehidupan di sebuah kampung,” kata Asri yang berpengalaman mengarah berbelas buah drama sejak 1997.
Atas keyakinannya yang tinggi, Asri jelas tidak gusar dengan kos drama itu yang terlalu mahal dan bakal mencetuskan kontroversi mengenai kualitinya kelak. “Kos drama period memang begini. Itu pun saya sudah menjimatkan apa yang termampu. “Saya fikir jumlah kos tidak perlu dipersoalkan. Masalahnya berapa banyak drama atau filem yang berbentuk period dihasilkan oleh penerbit di Malaysia dalam setahun. “Lagipun RTM sudah terlalu lama tidak menerbitkan drama sebegini,” jawab Asri.
Sinopsis Hujan Sudah Teduh
Kisah dalam drama ini berlatarkan dekad tahun 1950-an, 1960-an dan 1970-an.Yang@Yang Ah Moi@Zaitun Abdullah ialah seorang anak angkat Cina dalam sebuah keluarga Melayu. Mesra dengan panggilan Yang, dia menghadapi berbagai dugaan dan rintangan hidup dari sejak kecil hinggalah dewasa.
Kebahagiaan hanya menjelang setelah dia dewasa dan mengubah haluan hidupnya sendiri. Ini kerana pada masa itu, hubungan antara Melayu dan Cina hanya sebagai rakan di jalanan.
Hanya ada beberapa orang Cina yang mendapat kepercayaan daripada orang Melayu termasuk Nyonya Tanam Sayur, iaitu ibu Yang sendiri.
Hidup dalam keluarga Melayu membuatkan Yang berasa kehilangan sesuatu walaupun dia mendapat belaian kasih sayang daripada keluarga angkatnya. Yang tetap merasakan dirinya terasing seperti ugly duckling.
Ketika menjelang remaja, dia hampir dirosakkan oleh seorang pemuda bernama Mokhtar namun berjaya diselamatkan oleh saudara angkatnya. Yang berkahwin beberapa kali tetapi kesemuanya tidak membahagiakan.
Ini menyebabkan Yang hilang kepercayaan kepada semua orang. Baginya, orang yang boleh dipercayai ialah nenek Yah yang menjadi ibu angkatnya, Maimon kakak angkat yang membelanya hingga dewasa dan suaminya Karim yang meninggal dunia.
Powered by Utusan Malaysia